HIKMAH 6
JANGANLAH KELEWATAN KURNIAAN
TUHAN KEPADAMU MENYEBABKAN KAMU PUTUS ASA.
لاَ يَكُنْ تَأخُّرُ أَمَدِ
العَطَاءِ مَع اْلإلحَاحِ فِي الدُّعَاءِ مُوْجَبًا لِيَأسِكَ,
فَهُوَ ضَمِنَ لَكَ الإِجَابَةَ فِيمَا يَختَارُهُ لَكَ, لَا فِيمَا تَختَارُهُ
لِنَفسِكَ وَفِي الوَقْتِ الَّذِي يُرِيدُ, لَا فِي الوَقتِ الَّذِي تُرِيدُ.
Maksudnya:
“ Jangan berputus asa, sekiranya Allah SWT melewatkan penerimaan doa walaupun
kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah telah menjamin akan menerima
semua doa menurut yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada
waktu yang ditentukan-Nya, bukan pada waktu yang engkau tentukan”.
SYARAH LAFAZ
أَمَدُ العَطَاءِ : Pemberian kurniaan
اَلإِلحَاح : Berulang-ulang
menuntut hajat kepada satu pihak
اَلدُّعَاء : Meminta sesuatu
dengan lafaz yang disebut oleh peminta
الإِجَابَةَ : Memakbulkan
atau menerima semua doa
تَختَارُهُ : Kehendakmu
تُرِيدُ: Engkau tentukan
MAHFUH HIKMAH
Janganlah
berputus asa disebabkan hajat yang dipohon lambat diterima, sedangkan kamu
bersungguh-sungguh berdoa. Hal ini adalah kerana Allah SWT telah memberi
jaminan penerimaan-Nya sepertimana firman-Nya dalam Surah Ghafir ayat 60.
Maksudnya:
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong
takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam
keadaan hina.
IKTIBAR HIKMAH
1)
Thiqah
dengan janji Allah SWT yang pasti diperkenankan apabila diminta
kepada-Nya. Firman-Nya dalam Surah Ghafir ayat 60:
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu
kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya
orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan
masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina.
Al-Imam al-Baghawi mentafsirkannya: “Beribadahlah kepada-Ku dan
bukan yang daripada-Ku, nescaya Aku terima permohonanmu dan memberi pahala dan
keampunan kepadamu”.
Ibadah diibaratkan sebagai doa dan memberi pahala sebagai penerimaan.
Benarlah sabda Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Nu’man Bin
Basyir:
إِنَّ
الدُّعَاءَ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya:
“Sesungguhnya doa itu ibadah”
(Riwayat
al-Bukhari)
Allah SWT amat murka kepada golongan yang tidak memohon doa
kepada-Nya.
2)
Bersabar. Tidak gopoh-gapah dan berputus asa
terhadap balasan Allah SWT, sama ada yang baik atau buruk. Seperti Nabi Musa
a.s. bersabar selama 40 tahun ketika berdepan dengan ancaman Firaun. Firman
Allah SWT dalam ayat 88 Surah Yunus:
Maksudnya:
Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya
barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan dunia ini.
Wahai Tuhan kami! (kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan
mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami!
Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi
keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka
melihat azab Yang tidak terperi sakitnya.
Kemudiannya
Allah SWT menjawab permintaan Nabi Musa a.s. dalam Surah Yunus ayat 89:
Maksudnya:
Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu
hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu
menurut jalan orang-orang Yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)".
Kata Abu
al-Hasan al-Syazili bahawa maksud ( فَاسْتَقِيمَا
) ialah tanpa gopoh-gapah.
Maksud ( وَلاَتَتَّبِعَان ) ialah mereka yang gopoh-gapah.
Ini berdasarkan
hadis muttafaq ‘alaih daripada Abi Hurairah r.a., sabda Rasulullah SAW:
يُسْتَجَابُ لِأَحِدِكُمْ
مَا لَمْ يُعَجِّلْ فَيَقُوْلُ دَعَوتُ رَبِّي فَلَمْ يَسْتَجِبْ لِي
Maksudnya:
“Allah akan memperkenankan permintaan seseorang daripada kamu selagi mana dia
tidak gopoh, lalu berkata bahawa aku telah berdoa kepada Tuhanku, namun Dia
belum memperkenankannya”.
Allah SWT amat suka kepada hamba-Nya yang berdoa dalam keadaan
mengulangi dan mendayu-dayu. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis daif daripada
Abdullah Bin Mas’ud a.s.
إِنَّ
الله يُحِبُّ المُلِحِّينَ فِي الدُّعَاءِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah SWT amat suka kepada hamba-hamba yang mendayu-dayu ketika berdoa.
(Riwayat al-Dailami)
Terdapat
juga hadis hasan dengan syawahidnya menyokog hadis di atas,
antaranya:
سَلُوا الله مِنْ
فَضْله فَإِنَّ الله يُحِبُّ أَنْ يُساَلَ
Maksudnya: “Mintalah limpah kurnia Allah kerana Dia suka diminta”.
3)
Doa
yang cukup syarat-syaratnya pasti diperkenan oleh Allah berdasarkan nas
al-Quran. Cuma ada kalanya perkenan itu dilewatkan atau ditangguhkan
berdasarkan kehendak Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
مَا
مِنْ دَاعٍ إِلَّا وَهُوِ بَيْنَ إِحْدَى ثَلَاثٍ, إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ طَلَبْتُهُ
أَوْ يؤَخَّرَلَهُ ثَوَابُهَا أَوْ
يَصْرِفَ عَنْهُ السُّوْءَ
بِمِثْلِهِ
Maksudnya: “Orang yang berdoa ada tiga keadaan, sama ada Allah SWT
segerakan permintaannya atau Allah tangguhkan pahalanya atau Allah SWT
palingkan keburukan daripadanya”.
(Riwayat Imam Ahmad)
KISAH
DOA PARA SAHABAT YANG DIMAKBULKAN ALLAH
1)
Abu
Bakar dan al-Harith Bin Khaldah.
Menurut sejarah khulafa daripada Ibn Sa’d dalam kitab
al-Tabaqat, Abu Bakar pernah diracun. Abu Bakar dan al-Harith Bin Khaldah telah
memakan khazizah yang dihadiahkan kepada Abu Bakar. Al-Harith berkata
kepada Abu Bakar: “Angkat tanganmu wahai khalifah Rasul kerana ada racun. Aku
dan engkau akan mati pada hari yang sama”. Kata-katanya memang tepat kerana
kedua-duanya sakit dan mati pada hari yang sama.
2)
Umar,
Uthman dan Ali.
Sahabat Rasulullah yang lain iaitu Umar dibunuh, Uthman dibunuh dan
Ali juga dibunuh sedangkan semuanya meminta sihat. Justeru, kalau kamu meminta
sihat kepada Allah maka mintalah kesihatan yang Dia tentukan bagimu.
KESIMPULAN
Seorang hamba sewajarnya menyerahkan dirinya kepada Tuhan dan
ketahui bahawa pilihan Tuhan adalah yang paling baik. Cukuplah kemuliaan
seseorang yang berterusan berdoa sebagai tanda kasih Allah kepadanya dan
menepati keredaan-Nya.
Tiga sebab Allah memperkenankan doa mengikut kehendak dan waktunya.
1)
Kasih
sayang Alah terhadap hamba-Nya
2)
Menzahirkan
kuasa Allah yang bersifat Rububiyyah
3)
Menzahirkan
kelemahan hamba-Nya
No comments:
Post a Comment